Tuesday, February 16, 2010

cara memotong kuku dalam islam

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. Jika dilakukan mengikut islam (sunnah), Maka bertambah-tambah la pahala yang dapat.


Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja) , berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.

(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.-oleh Ahmad

sekadar renungan kita bersama

Sekadar renungan bersama




RENUNGAN:





1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.



2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..



3) Badminton ----- Golf ----



4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...



5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...



6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...



7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..



8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan

glamour...



9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----

laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong





TETAPI...





KITA JUGA LUPA....

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN

KITA....



DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT

ADALAH

PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...



SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH

KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'



Umpamanya:



1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....



2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...



3) Bangi ---- madinah ---- mekah---



4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/



5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...



6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....



7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat

khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.



8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.



Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL

improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan

AKHIRAT slowly di ketepikan... . .



Contohnya:



Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......



Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &



gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita

pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,

jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,

BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.



Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun

yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi

kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..



dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih

kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...



infiniti...



Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya

di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.



2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..



3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.



4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut

kehendak mereka.



5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi

dan tidak di langit sampai hari kiamat.



6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak

misik..



7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka

diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'





Telah bersabda Rasullullah S.A.W:



'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat

pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.



2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.



3.Orang berpuasa di hari Arafah.'



Sekian untuk ingatan kita bersama.



Wassallam.



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini

kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal

yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Monday, February 15, 2010

erti cinta buatku

cinta itu indah untuk dinikmati


cinta itu hangat untuk dirasai

bukan cinta duniawi yg dicari

tapi cinta ukhrawi yg ingin dkecapi

jika cinta insani yang ditujui

kelak jgan lupa diri

cinta yg suci dan hakiki

adalah cinta kepada Yang Memberi

cinta kpd Ilahi

Empunya diri..

itulah cinta yg sejati..

cinta yang pasti..

hanya mereka yang pandai mencari

musafir cinta dilautan rindu tak bertepi

hanya mereka yg mampu merasai

Cinta Agung penuh misteri..

disinggahsana indah sejuta seri

70 puluh ribu hijab ia dilapisi…

70 puluh ribu hijab ia dilindungi…

Terjaga hebat jauh di lubuk hati..

kepada mereka yg bukan AHLI..

pandai2 membawa diri..

tanya hati,

kenal diri

sesungguhnya mati itu pasti..

cinta yg mana engkau cari

cinta itulah yang engkau tujui..

tinggal duniawi

tinggal insani..

menuju lurus pada Yang hakiki..

hitamnya perjalanan cinta

Cinta begity Kelam Hitam


Tak dapat kau Tembus dengan Mudah

Jika kau salah meLangkah maka Engkau akan Terseksa

Maka bimbingLah hatimu untuk menemui Cinta sejati





Cinta bagiku Pekat hitam

Jangan kau salah melangKah

Arungi cintamu sePerti mengarungi Samudera

Ikutilah Kemana Dia hendak berjalan

Dan Ikutilah Jika dia hendak berLabuh





Jangan kau paksakan hatimu

Jika hatimu teLah menemui Kekasihnya

Maka Arungilah bahtera cinta ini dengannya

Jangan pernah kau tinggalkan hati yang teLah mengetuK pintu hatimu

assignment ctu 101

TAJUK: PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

NAMA NO. MATRIX KUMPULAN

NORDIANA ABDULL RAHMAN 2009507115 ACD 1A1

DYG. NORHASNITA ACD 1A3

NURUL ISMAH ACD 1A3



NAMA PENSYARAH : USTAZ SHADLI B. SABARUDDIN

TARIKH HANTAR : 1 MAC 2010

Isi kandungan



Kandungan Muka surat



Pendahuluan 1

Pengertian akidah 2

Melahirkan Ummah yang Patuh Kepada Ajaran Allah. 3

Mempunyai Halatuju dan Matlamat yang Jelas 4,5

Memiliki Ummah yang Memiliki Keperibadian yang Unggul 6,7

Melahirkan Ummah yang Berfikiran Kritis, Progresif, Dinamis 8

Membangunkan Ekonomi Ummah Secara Komprehensif 9

Mengukuhkan Kecemerlangan Ilmu 10,11,12,13

Menegakkan Sistem Pemerintahan yang Stabil 14

Kesimpulan 15

Pendahuluan


Akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah s.w.t. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w di Makkah menjuruskan kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar ditengah padang pasir yang panas terik. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Pembinaan tamadun ummah yang berteraskan tauhid telah dilaksanakan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda telah berusaha dengan segala tenaga yang ada untuk menanamkan akidah yang mantap selama 13 tahun di Makkah. Usaha-usaha yang baginda laksanakan di Makkah telah berjaya melahirkan tamadun Islam yang cemerlang dari generasi ke generasi sehinggalah kepada generasi Islam mutakhir ini.

Pembangunan ummah ini merupakan sesuatu yang asas dan tidak memerlukan hujah dalam menegaskan kepentingannya. Allah s.w.t berfirman;



‘’ Sesungguhnya ini adalah umat kamu, iaitu umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan aku ’’

( Al-Anbiyaa’ : 92 )



Pengertian akidah.

Dari segi bahasa, akidah merupakan satu perkataan yang berasal dari Arab yang berbunyi ‘’AQADA” yang beerti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh man-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan akidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Dari segi istilah, apabila akidah diangkat menjadi istilah khusus atau teknikal, maka ia secara umumnya merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu. Oleh itu, dalam perspektif Islam, istilah akidah dalam konteks teknikal ini tidak cukup untuk menjadi boleh diterima sekiranya ia sekadar hanya terungkap dalam pengisytiharaan verval semata-mata, kerana dalam kehidupan biasa cukup ramai sekali kalangan orang munafik yang hipokrit yang diisytiharkan secara lip service bahawa mereka beriman, sedangkan di hati mereka tidak pun wujud walaupun sekelumit iman. Hal ini seumpama terungkap dengan jelas dalam firman Allah s.w.t, mafhumnya:



” Di antara manusia ada yang mengatakan : kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar.”

( Al-baqarah: 8-9)





Melahirkan Ummah Yang Patuh Kepada Ajaran Allah s.w.t



Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Manakala bag! golongan yang tidak memiliki kekuatan akidah mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala perintah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini telah jelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud:



‘’Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.

( surah al – Jin : 14-15 )



Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat meyakini bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatan mereka walaupun sebesar biji s.a.wi. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur.















Melahirkan Ummah yang Mempunyai Halatuju dan Matlamat yang Jelas



Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan halatuju kehidupan mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dalam segenap lapangan kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan apa jua kerjaya serta profession yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya:



Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(surah.Al’AM:162)



Natijahnya, kehidupan ummah yang berakidah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan kehidupan mereka akan diwarnai oleh segala kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian di dunia dan di akhirat, di samping melaksanakan tuntutan ibadah sebagai seorang mukmin mereka juga berusaha mencari kemajuan dan kejayaan hidup di dunia dengan cara yang diridhai Allah s.w.t. Orang yang berakidah ini sama sekali tidak akan sanggup melakukan sebarang penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, politik wang dan sebagainya kerana mereka menyedari balasan seksa dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Surah al Qasas:77)





MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMILIKI KEPERIBADIAN UNGGUL

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Tanpa akidah tidak mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia. Permasalahan yang wujud mutakhir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi penyakit moral dan akhlak yang amat kronik. Justeru tu, akidah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah rupadiri ummah pada masa kini. Kesemua Sarjana Muslim memperakui bahawa akidah merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia.



Situasi ummah mutakhir ini diakui dengan jelas tokoh pemikir Islam yang terkenal diabad ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul ditengah-tengah ummah tindakan-tindakan menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatisme, hedonisme, individualisme dan sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat menyedihkan ialah umat Islam tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masyarakat Barat hasil dari teori yang mereka cipta, tetapi sebaliknya memilih nilai-nilai yaang paaling buruk daripada mereka, khususnya dalam perkara-perkara yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada nafsu syahwat.



Menurut al-Qaradhawi, persoalan akhlak bukanlah perkara remeh bagi sesuatu bangsa, malah ia adaalah suatu keperluan yang harus dipenuhi untuk kebangkitan, kemakmuran dan keteguhan sesuatu bangsa. Jika akhlak sudah tiada maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan peribadi, maka kepimpinan ummah akan menjadi muflis dalam segala ragam dan bentuk. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:



Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Surah Maryam:59-60)



MELAHIRKAN UMMAH YANG BERFIKIRAN KRITIS, PROGRESIF DINAMIS



Ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru itu pemikiran mereka tidak mudah pesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan me!akukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. ini bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara bertaklid kepada mana-mana pihak kerana Allah s.w.t menuntut agar mukmin menyelidiki sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat. AI-Quran amat menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan mengenainya terutama pada perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan kepentingan ummah. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t yang meminta mukmin agar tidak mudah menerima berita yang dibawa oleh orang fasik, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana tindakan tersebut kemungkinan akan menyebabkan mereka menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang berasaskan kejahilan dan mereka akan menyesal di atas tindakan tersebut di akhirat.



’’Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan’’. (Surah al-Hujurat:6)







MEMBANGUN EKONOMI UMMAH SECARA KOMPREHENSIF

Dengan mematuhi ajaran-ajaran Islam dan mempunyai aqidah yang mantap lagi jelas ekonomi Islam dapat dibangunkan. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya bermaksud:



‘’Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (Surah Surah Hud: 61)



Maksud menjadikan kamu pemakmurnya ialah kita semua diperintahkan supaya membangunkan dan memakmurkan bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran. Kita diminta membangunkan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemakmuran dan memajukan pertanian. Malahan kita diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara teriebih dahulu nilai-nilai kita, ajaran-ajaran agama kita dan segala bentuk muamalat kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam.

Sekiranya Barat telah membebaskan diri mereka daripada nilai-nilai kemuliaan dan daripada tanggungjawab syara serta mengenepikan keikhlasan ibadat kepada Allah maka kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah mereka dalam hal ini. Akan tetapi dalam waktu yang sama, kita perlu menyaingi mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan sains dan penciptaan moden. Cuma perbezaan antara kita dan mereka ialah kemajuan kita berlandaskan kemuliaan dan terikat dengan keperibadian yang mulia, manakala kemajuan mereka dipenuhi dengan penyelewengan daripada mentaati Allah, penyelewengan dari menganut sesuatu yang mulia dan menjauhi sesuatu yang hina.

Mengukuhkan Kecermelangan Ilmu

Kemajuan ummah dalam pelbagai lapangan hidup adalah berasaskan pencapaian yang tinggi di bidang ilmu pengetahuan. Sejarah telah membuktikan hasil didikan dan asuhan Rasullah s.a.w melalui akidah, syariah dan akhlak telah ramai muncul individu-individu yang mencapai kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan iaitu dalam spiritual, intelektual, fizikal, material, individu, masyarakat, negara, dunia dan akhirat. Mereka mampu menjadi model untuk membina suatu tamadun yang berkekalan malah dalam masa yang sama, mereka sanggup berjuang mengikut kedudukan, kepakaran serta kemampuan masing-masing untuk mengangkat martabat Islam dengan rela hati, hanya untuk Islam dan matlamat keilmuan semata-mata tanpa mengharapkan ganjaran dunia.

Kecemerlangan Islam yang diasaskan Rasulullah SAW dan sahabatnya berjaya meletakkan umat manusia ketika itu ke puncak yang mulia dan bertamadun tinggi.Kemudian dituruti pula generasi seterusnya yang memperlihatkan perkembangan Islam terpancar ke merata pelusuk benua tanpa mengira sempadan geografi. Islam diterima sebagai agama yang memberi petunjuk dan satu sistem yang adil dalam semua aspek kehidupan manusia. Islam bersifat universal telah berkembang sehingga sampai kepada kita di sebelah nusantara ini. Walau bagaimanapun, kecemerlangan Islam telah mula mundur setelah dicarik robek oleh manusia tamak dan tidak amanah yang berada di puncak kepimpinan negara apabila berlalu proses demi proses pertukaran sistem khalifah negara Islam.

Ia telah diambil kesempatan oleh musuh Islam untuk mengeruhkan lagi suasana dan menjadi gunting dalam lipatan dengan merosakkan pegangan ummah terhadap Islam sehingga ke hari ini. Sejarah dunia hari ini mengakui bahawa Islam telah melahirkan suatu tamadun besar yang membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia dan menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian. Pemikiran, moral dan keduniaan menjadi sumber utama ilmu yang bermanfaat bukan saja kepada Timur tetapi juga Barat yang mendapat darinya sumbangan intelektual dan moral serta idea memajukan kebendaan.

Sebagaimana kita ketahui, pada abad ke-8 hingga ke-12, orang Islam sangat maju. Mereka menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Zaman kegelapan bagi masyarakat Barat adalah zaman kegemilangan tamadun Islam.

Islam memimpin dunia selama 700 tahun dan Barat berhutang dengan ketamadunan ini. Tamadun Islam yang tinggi ketika itu telah menarik orang Barat untuk menimba ilmu dan kepakaran di negara Islam. Mereka pulang dengan menyebarkan ilmu berkenaan di negara mereka. Kesedaran ini diakui sendiri sarjana Barat dan di antara bidang yang mereka pelajari dan dapati daripada pusat pengajian Islam adalah matematik, falsafah, kedoktoran, astronomi, farmasi dan lain-lain. Ilmu itu mereka sebarkan pula ke pusat pengajian tinggi di Barat seperti Itali, kemudian ke Perancis dan setelah itu ke Britain dan Jerman.

Kita membuka lembaran sejarah tamadun Islam bukan untuk mengubat hati disebabkan kemunduran yang menimpa umat Islam sekarang, tetapi bagi memperbaiki dan membangun masa depan ke arah kejayaan serta kecemerlangan.Sesungguhnya agama kita iaitu Islam sentiasa membawa cara hidup yang menekankan keilmuan. Dengan penguasaan pengetahuan, umat Islam telah berjaya membuka suatu tamadun tinggi yang di contohi masyarakat dunia.Kebelakangan ini, kita dapat saksikan episod kemunduran menimpa umat Islam di sesetengah negara di seluruh dunia. Umat Islam walaupun berada di dalam sesebuah negara Islam yang kaya masih terpaksa bergantung kepada Barat. Lebih-lebih lagi bagi negara sedang membangun, tentu tidak boleh lari daripada terdedah kepada tekanan dan penjajahan bentuk moden.

Justeru, kita perlu beriltizam melahirkan cerdik pandai dalam pelbagai disiplin ilmu ke arah meningkatkan martabat umat Islam. Pepatah Arab ada mengatakan: “Ilmu tanpa direalisasikan atau diamalkan, laksana pokok tanpa buah”.Allah berfirman yang bermaksud:



“Bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha mengubah nasib mereka sendiri.” (Surah ar-Ra’ad, ayat 11)



Ini terbukti apabila masyarakat Barat berjaya merubah nasib bangsa mereka dengan memajukan ilmu pengetahuan yang ada di dunia Islam. Hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan dihormati di seluruh dunia adalah agenda menepati ayat yang mengajak kita melakukan reformasi terhadap nasib bangsa. Menyorot kembali kegemilangan dicapai masyarakat Islam zaman silam, adalah disebabkan mereka benar mempraktikkan ajaran Islam. Malangnya kelemahan kita ialah apabila Islam menuntut kita mencari ilmu, kita pisahkan ilmu antara ilmu agama dan bukan agama.

Apabila Islam membenarkan kita mendapatkan kekayaan dan hakikat memberi itu lebih baik daripada menerima, maka kita memilih kemiskinan dan memandang mulia orang yang meminta-minta daripada orang lain. Umat Islam zaman silam terpaksa menghadapi pelbagai bentuk halangan dan rintangan bagi mempertahankan dan membela nasib orang Islam. Kita hari ini cuma dikehendaki mempelajari ilmu dan kecekapan serta sanggup berusaha.Tetapi kita tidak menghargai dan tidak berusaha bersungguh mengekalkannya. Ramai di kalangan kita cuma memilih amalan ibadat untuk diri sendiri dengan tidak memikirkan tanggungjawab kita terhadap seluruh umat Islam yang lain.

Bagi mengembalikan maruah Islam serta mendaulatkan semula kegemilangan Islam, umat Islam bertanggungjawab membuktikan ajaran Islam sebagai ajaran yang syumul. Kita perlu menghidupkan semula asas ajaran Islam sebenar seperti terkandung dalam al-Quran yang berteraskan prinsip tauhid kepada Allah sebagai punca penyatuan umat manusia di dunia. Muhammad Iqbal pernah menekankan pentingnya umat Islam menguasai ilmu pengetahuan dan mengikuti arus kemajuan dengan bertunjangkan Islam. Beliau berkata, umat Islam perlu kekal sebagai penganut Islam tetapi pada masa sama mereka perlu moden sejajar perkembangan semasa. Jika umat Islam mengamalkan sepenuhnya ajaran al-Quran, bermakna mereka mampu mengubahsuai politik dan kehidupan dunia.

Barat digambarkan semakin khuatir dengan kebangkitan Islam yang mendadak sehingga ada media Barat menganggap Islam sebagai ancaman kepada tamadun Barat setelah keruntuhan komunis. Kita tidak menafikan kenyataan itu dan yakin Islam mampu menguasai abad akan datang jika umatnya berusaha bersungguh-sungguh mengukuhkan keupayaan dalam semua bidang khususnya ekonomi, teknologi dan pengetahuan.

Tanggungjawab kita ialah untuk menyedarkan umat Islam supaya mempersiapkan diri menentukan agenda bagi seluruh ummah dalam usaha mengembalikan kegemilangan peradaban Islam di seluruh dunia. Sarjana Islam, Dr Syed Husain Nars pernah menyebut kekuatan dan pengetahuan umat Islam dalam pelbagai bidang khususnya agama, teknologi, budaya dan politik dunia menjadi pra syarat penting melayakkan umat Islam menentukan agenda masa depan. Sebagai umat yang komited kepada agama, sudah pasti kita akan berasa bangga apabila melihat Islam diterima dan diguna pakai ummah sejagat sebagai Addeen (cara hidup).







MENEGAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG STABIL



Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t sepertimana firman Allah bermaksud:



Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al Baqarah:134/141)



Ayat ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah dan sebagainya.





KESIMPULAN



Akidah adalah tunggak kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai menimpa seluruh umat manusia di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap maka segala usaha yang dijalankan untuk mengislah ummah era mutakhir akan menghadapi kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan meruntuhkan tamadun ummah sendiri seterusnya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.

Adalah menjadi tugas kepada seluruh umat Islam di negara ini sekarang untuk memastikan bahawa peranan ummah ini terjamin dan melihatnya sebagai asas paling utama dalam rangka menegakkan perjuangan islam sendiri dalam termasuk konteks negara yang ada.